Malaysian

From FreecycleFAQ
Jump to: navigation, search

Group Description

[Nama kumpulan Freecycle] Freecycle™ adalah terbuka kepada semua yang mahu "mengitar semula" sesuatu yang memberi kenangan manis kepada diri anda daripada membuangkannya begitu saja. Sama ada ia sebuah kerusi, piano atau pintu lama, silakan hantar mesej anda. Atau mungkin anda sedang cuba mendapatkan sesuatu untuk diri anda! Kumpulan bukan keuntungan juga dialu-alukan untuk menyertai!

Peraturan utama kami: segala-galanya yang diletakkan pada laman web Freecycle mestilah percuma. Kumpulan ini merupakan sebahagian daripada The Freecycle Network, sebuah organisasi dan pergerakan bukan keuntungan yang berminat untuk menyimpan barangan yang bagus daripada dibuang ke tanah isian. Layari <a href="http://freecycle.org" title='Freecycle'>freecycle.org</a> untuk komuniti lain dan maklumat mengenai pergerakan tersebut!!

PENAFIAN: AHLI FREECYCLE NETWORK MENGGUNAKAN SENARAI TERSEBUT ATAS RISIKO SENDIRI. Sila ambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindungi keselamatan dan privasi anda apabila menghantar mesej ke senarai tersebut atau menyertai pertukaran. Dengan menyertai senarai tersebut, anda bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan pemilik senarai dan moderator atau sesiapa sahaja yang bergabung dengan Freecycle.org terhadap apa jua keadaan akibat daripada pertukaran atau komunikasi berkait Freecycle.

Welcome

Helo Pelanggan Freecycle™ baru.

Selamat Datang ke Kumpulan [Nama kumpulan Freecycle] Freecycle.

http://groups.yahoo.com/group/[Nama kumpulan Freecycle]

Untuk menghantar mesej kepada semua ahli kumpulan ini, alamatkan e-mel anda kepada: [Nama kumpulan Freecycle]@yahoogroups.com.

Sila baca Garis Panduan yang anda baru saja terima sebelum menyertai kumpulan Freecycle ini.

NOTA: Layari laman web Freecycle, http://freecycle.org untuk mendapatkan maklumat mengenai organisasi tersebut, mencari kumpulan di bandar-bandar lain dan banyak lagi.

Untuk menghentikan langganan kepada kumpulan ini, hantarkan e-mel kepada [Nama kumpulan Freecycle]-unsubscribe@yahoogroups.com.


Selamat berhibur & selamat datang!

[Nama Moderator] [Nama kumpulan Freecycle]- Kumpulan Freecycle


Hak Cipta - 2003 The Freecycle Network (http://www.Freecycle.org). Semua hak cipta terpelihara. Freecycle dan logo Freecycle adalah tanda dagangan The Freecycle Network di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain.


Etiquette/Rules

Ahli Freecycle™ Yang Dihormati,

Terima kasih kerana sudi menjadi ahli The Freecycle Network. Mesej ini dihantar kepada semua pelanggan apabila menyertai dan kepada seluruh senarai secara berkala. Jika mesej ini belum disemak sejak kali terakhir anda membacanya, maka ianya tidak perlu untuk membaca selanjutnya, terima kasih. Tarikh semakan terakhir: 01/01/01

Jika anda baru saja menyertai Freecycle atau mahu mengulangi untuk membolehkan anda menggunakan kumpulan Freecycle kita dengan sebaik mungkin, sila teruskan membaca. Mesej ini mengandungi maklumat penting untuk semua ahli Freecycle dan akan menjawab BANYAK persoalan umum daripada pengguna baru.

Freecycle memadankan mereka yang mempunyai benda yang tidak diperlukan lagi dengan mereka yang masih boleh menggunakan benda tersebut. Matlamatnya adalah untuk menyimpan benda-benda yang masih boleh digunakan daripada dibuang ke tanah isian. Dengan menggunakan benda-benda yang kita sudah pun memiliki di bumi ini, kita mengurangkan kepenggunaan, mengeluarkan kurang barangan dan mengurangkan kesan tanah isian ke atas bumi. Faedah lain menggunakan Freecycle adalah ia menggalakkan anda menghapuskan keadaan berselerak sementara membantu komuniti tempatan pada masa yang sama.

Dimulakan pada [masukkan tarikh], [masukkan nama kumpulan Freecycle] merupakan sebuah cawangan pergerakan Freecycle antarabangsa yang berkembang dengan amat pantas yang bermula di Tucson, Arizona, Amerika Syarikat pada 1 May 2003 dan kini mempunyai ribuan kumpulan di seluruh dunia.

MENGGUNAKAN SENARAI FREECYCLE Untuk menyiarkan suatu benda, hanya hantarkan e-mel kepada yahoogrouplocation@yahoogroups.com

Anda juga boleh menghantar, membaca atau membalas mesej atau mengurus tetapan keahlian anda (termasuk pilihan penghantaran e-mel), secara terus pada laman web kumpulan tempatan: http://groups.yahoo.com/group/yahoogrouplocation

Untuk menghentikan langganan, hantarkan e-mel kepada: yahoogrouplocation-unsubscribe@yahoogroups.com

Untuk maklumat lanjut mengenai The Freecycle Network dan senarai kumpulan Freecycle lain, layari: http://freecycle.org/ (Sangat disyorkan!)


PERATURAN & ETIKET FREECYCLE Demi membolehkan kumpulan tempatan terus berjalan dengan lancar dan dihormati, garis panduan umum menegaskan bahawa selepas mana-mana dua kesalahan, seseorang ahli mungkin disingkirkan daripada kumpulan tempatan oleh moderator tempatan.

1) PASTIKAN IA SENTIASA PERCUMA, SAH DI SISI UNDANG-UNDANG & SESUAI UNTUK SEMUA TANPA MENGIRA UMUR.

2) BARIS TAJUK MESEJ ANDA. Gunakan frasa ini untuk memudahkan orang lain memadamkan atau melihat:

TAWARAN: sofa, pusat bandar. [Menawarkan lebih daripada satu benda? Namun begitu, sila kekalkan dalam satu e-mel] SUDAH DIAMBIL: sofa DIKEHENDAKI: sofa, apa jua keadaan. [Sila gunakan tajuk ini secara berdikit-dikit dan jangan tawarkan wang. Dan tentu sekali, jangan minta benda-benda yang mewah seperti cincin berlian.]

3) SILA JANGAN HANTARKAN MESEJ BENDA "DIKEHENDAKI" YANG SAMA LEBIH DARIPADA SEKALI DALAM SEBULAN.

4) TIDAK BOLEH BERPOLITIK, TIDAK BOLEH SPAM, TIDAK BOLEH MENAWARKAN WANG, TIDAK BOLEH MENGECAM SECARA PERIBADI/BIADAB, TIDAK BOLEH CUBA MENUKAR HALUAN/AGAMA SESEORANG. Sila hormati kepelbagaian budaya ahli-ahli kita.

5) LOKASI HAMPIR ANDA: Cuba sertakan ini dalam baris tajuk dan badan e-mel anda. “TAWARAN: Sofa, Jalan Petaling”

6) GUNAKAN HANYA SATU E-MEL. Ada lebih daripada satu benda untuk diberi? Sila hantarkan hanya satu e-mel dan nomborkan setiap benda untuk menjadikannya teratur. Ini mengurangkan bilangan e-mel yang kita semua terpaksa menerima.

7) BOLEHKAH KITA MENGGUNAKAN FREECYCLE BAGI MENCARI TEMPAT TINGGAL BARU UNTUK BINATANG PELIHARAAN? Ya, jika ia sah di sisi undang-undang & anda menjaga dengan penuh kasih sayang. Walau bagaimanapun, mesej berkenaan dengan binatang peliharaan untuk tujuan pembiakbakaan tidak dibenarkan dalam kumpulan Freecycle.

8) SILA JANGAN TUKAR BELI/TUKAR BARANG ATAU MENJUAL. Semua benda yang diberi di Freecycle adalah tanpa sebarang syarat.

9) RESPONS HANYA DITUJUKAN KEPADA PEMBUAT TAWARAN. Ia menjadikan jumlah keseluruhan e-mel kekal rendah.

10) PUNGUTAN. Aturkan mengikut kemahuan anda. Secara umumnya, sila tunggu sehingga anda mendapat beberapa respons atau sehingga hari seterusnya dan kemudian barulah memilih penerima yang anda suka. Itulah sebahagian daripada keseronokannya. Anggaplah sebagai lebih suka memberi amal jika seseorang membalas mesej anda. Aturkan pungutan dengan seorang sahaja, bukannya mengatakan "Ianya berada di anjung depan, sesiapa yang tiba dahulu boleh mengambilnya." Jika tidak, anda akan cepat menjadi tidak popular dalam kumpulan tempatan anda. Beri nombor telefon anda kepada hanya seorang pada suatu masa atau minta nombor telefon penerima. Jika tidak, anda akan menerima banyak panggilan telefon.

11) NOTA RINGKAS MENGENAI ETIKET FREECYCLE: "Bersikap baik." Kita mempunyai komuniti yang hebat di sini, jadi apabila anda mengaturkan untuk memungut item daripada ahli Freecycle lain, ianya budi pekerti asas untuk menolong mereka sebanyak yang mungkin dari segi penjadualan dan kemudian tiba tepat pada masanya; kerana mereka memberi anda sesuatu yang anda perlukan dan tidak meminta apa-apa balasan kecuali anda tiba di lokasi tepat pada masanya atau memberitahu mereka jika terlewat.

PETUNJUK UNTUK MENGATURKAN SEMUA E-MEL BARU YANG ANDA TERIMA:

a) CIPTA FOLDER E-MEL BERASINGAN & TUJUKAN E-MEL FREECYCLE KE FOLDER ITU SECARA AUTOMATIK. Cipta folder berasingan dalam Outlook Express anda atau atur cara e-mel lain & tujukan e-mel Freecycle ke folder itu secara automatik dengan peraturan baru di bawah tools/message rules/mail. Kebanyakan daripada perkhidmatan e-mel berasaskan web yang "percuma" seperti Yahoo atau Gmail juga menyediakan alatan penapis untuk para pengguna.

b) ATAU TETAPKAN AKAUN YAHOOGROUPS ANDA KE "DAILY DIGEST (RINGKASAN HARIAN)" ATAU "SPECIAL NOTICES (NOTIS KHAS)" (anda boleh membaca mesej-mesej tersebut secara dalam talian). Anda boleh set semula pilihan peribadi anda sendiri di halaman web kumpulan utama (di bawah "Edit My Membership (Sunting Keahlian Saya)" dekat dengan di tengah-tengah bahagian atas halaman tersebut).

PENTING: PERUBAHAN PADA AKAUN ANDA TIDAK BERLAKU SERTA-MERTA. Setiap kali pengguna mengubah tetapannya, akan adanya kelewatan untuk Yahoo memproses perubahan tersebut sehingga perubahan tersebut berkesan. Secara ringkas, ia mungkin mengambil beberapa hari bagi perubahan berkesan. Jadi, sila jangan hantarkan e-mel kepada moderator dengan komen seperti, 'Saya sudah mengubah tetapan/menghentikan langganan saya semalam, kenapa saya masih menerima e-mel?' Sila sabar dan semuanya akan sempurna. Jangan cuba melakukan perubahan untuk kali kedua kerana ini boleh mengakibatkan kelewatan sehari lagi.

Jika anda menghadapi masalah selanjutnya, anda mungkin mahu merujuk halaman bantuan Yahoo! Groups di: http://help.yahoo.com/help/us/groups/

Untuk maklumat lanjut, anda BOLEH memadamkan mesej anda sendiri dari senarai mesej bagi apa jua alasan (contohnya, jika seseorang sudah mengambil benda yang anda tawarkan atau jika anda sudah menerima benda yang anda kehendaki atau jika anda tersilap menghantarkan mesej). Kembali ke mesej asal anda dan paparkannya pada skrin. Di bawah bar Messages bar, cari: Reply/Forward/View Source/Unwrap Lines/Delete

Klik pada 'Delete'. Itu harus menyelesaikannya. (Namun begitu, ambil perhatian bahawa memadamkan mesej tidak akan menghalangnya daripada dihantar kepada ahli-ahli yang menerima e-mel tersendiri atau daripada disertakan dalam ringkasan seterusnya untuk mereka yang mempunyai pilihan ringkasan.)


PENAFIAN: AHLI FREECYCLE NETWORK MENGGUNAKAN SENARAI TERSEBUT ATAS RISIKO SENDIRI. Sila ambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindungi keselamatan dan privasi anda apabila menghantar mesej ke senarai tersebut atau menyertai pertukaran. Dengan menyertai senarai tersebut, anda bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan pemilik senarai dan moderator atau sesiapa sahaja yang bergabung dengan Freecycle.org terhadap apa jua keadaan akibat daripada pertukaran atau komunikasi berkait Freecycle.

KESELAMATAN. Berwaspada! Apabila mengaturkan pemindahan benda yang diberi, ianya tanggungjawab setiap ahli Freecycle untuk berwaspada dengan cara yang sesuai terhadap risiko berpotensi mengundang "orang yang tidak dikenali" ke rumah anda untuk mengambil benda anda. Freecycle tidak memikul apa jua tanggungjawab terhadap risiko ini.

Contohnya, jika anda seorang wanita yang tinggal bersendirian, anda mungkin lebih suka untuk mengatakan bahawa anda akan meletakkan benda tersebut di anjung depan semasa anda tiada di rumah atau mengaturkan untuk berjumpa di tempat awam.


Itu saja! Berseronoklah menyimpan benda-benda yang masih boleh digunakan daripada dibuang ke tanah isian!

Moderator Freecycle komuniti ramah anda,

[Nama Moderator]



Hak Cipta - 2003 The Freecycle Network (http://www.Freecycle.org). Semua hak cipta terpelihara. Freecycle dan logo Freecycle adalah tanda dagangan The Freecycle Network di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain.


Farewell Letter

Bekas Ahli Freecycle™ Yang Dihormati,

Anda menerima mesej ini kerana anda telah berjaya menghentikan langganan kepada kumpulan Freecycle ini. Jika anda tidak berniat untuk menghentikan langganan, sila balas mesej ini dengan menyertakan butiran anda.

Terima kasih kerana sudi membantu menjadikan The Freecycle Network sungguh istimewa. Oleh sebab anda sudah menghentikan langganan, sila fahami bahawa ia mungkin mengambil Yahoo Groups sehingga 3 hari untuk memproses permintaan anda. Kami meminta maaf atas kelewatan tersebut – anda mungkin akan terus menerima e-mel semasa waktu ini.

Cubaan untuk menghentikan langganan atau menukar kepada "tiada e-mel" atau apa-apa perubahan lain biasanya melewatkan proses tersebut lebih lama (tambahan sehari untuk setiap perubahan).

Anda mungkin mahu mengadakan "penapis" dalam atur cara e-mel anda untuk mengalihkan mesej Freecycle ke folder "sampah" jika anda tidak mahu ia berada dalam Peti Masuk anda.

Salam hormat,

[Nama Moderator] Moderator Kumpulan [Nama kumpulan Freecycle] Freecycle™ http://groups.yahoo.com/group/[Nama kumpulan Freecycle]


Hak Cipta - 2003 The Freecycle Network (http://www.Freecycle.org). Semua hak cipta terpelihara. Freecycle dan logo Freecycle adalah tanda dagangan The Freecycle Network di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain.