Malaysian

From FreecycleFAQ
Revision as of 21:59, 13 January 2010 by Abcasl (talk | contribs) (Welcome)

Jump to: navigation, search

Group Description

[Nama kumpulan Freecycle] Freecycle™ adalah terbuka kepada semua yang mahu "mengitar semula" sesuatu yang memberi kenangan manis kepada diri anda daripada membuangkannya begitu saja. Sama ada ia sebuah kerusi, piano atau pintu lama, silakan hantar mesej anda. Atau mungkin anda sedang cuba mendapatkan sesuatu untuk diri anda! Kumpulan bukan keuntungan juga dialu-alukan untuk menyertai!

Peraturan utama kami: segala-galanya yang diletakkan pada laman web Freecycle mestilah percuma. Kumpulan ini merupakan sebahagian daripada The Freecycle Network, sebuah organisasi dan pergerakan bukan keuntungan yang berminat untuk menyimpan barangan yang bagus daripada dibuang ke tanah isian. Layari <a href="http://freecycle.org" title='Freecycle'>freecycle.org</a> untuk komuniti lain dan maklumat mengenai pergerakan tersebut!!

PENAFIAN: AHLI FREECYCLE NETWORK MENGGUNAKAN SENARAI TERSEBUT ATAS RISIKO SENDIRI. Sila ambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindungi keselamatan dan privasi anda apabila menghantar mesej ke senarai tersebut atau menyertai pertukaran. Dengan menyertai senarai tersebut, anda bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan pemilik senarai dan moderator atau sesiapa sahaja yang bergabung dengan Freecycle.org terhadap apa jua keadaan akibat daripada pertukaran atau komunikasi berkait Freecycle.

Welcome

Helo Pelanggan Freecycle™ baru.

Selamat Datang ke Kumpulan [Nama kumpulan Freecycle] Freecycle.

http://groups.yahoo.com/group/[Nama kumpulan Freecycle]

Untuk menghantar mesej kepada semua ahli kumpulan ini, alamatkan e-mel anda kepada: [Nama kumpulan Freecycle]@yahoogroups.com.

Sila baca Garis Panduan yang anda baru saja terima sebelum menyertai kumpulan Freecycle ini.

NOTA: Layari laman web Freecycle, http://freecycle.org untuk mendapatkan maklumat mengenai organisasi tersebut, mencari kumpulan di bandar-bandar lain dan banyak lagi.

Untuk menghentikan langganan kepada kumpulan ini, hantarkan e-mel kepada [Nama kumpulan Freecycle]-unsubscribe@yahoogroups.com.


Selamat berhibur & selamat datang!

[Nama Moderator] [Nama kumpulan Freecycle]- Kumpulan Freecycle


Hak Cipta - 2003 The Freecycle Network (http://www.Freecycle.org). Semua hak cipta terpelihara. Freecycle dan logo Freecycle adalah tanda dagangan The Freecycle Network di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain.


Etiquette/Rules

Farewell Letter